Bawa kenderaan terlalu cermat pun kena tahan ek?


JEDDAH: Polis menahan seorang juruterbang kanan Syarikat Penerbangan Arab Saudi ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang di Jalan Raja Abdullah di sini, semalam.
Juruterbang itu ditahan selama dua jam dan keretanya diselongkar.

Kesalahannya-mematuhi peraturan jalan raya.

“Saya menyedari sebuah kereta kelabu mengekori saya sepanjang lima kilometer,” kata Amad, warga Saudi.

“Saya merasa aneh kerana pemandu itu tidak berusaha memintas kereta saya sedangkan pemandu lain berbuat demikian.” Apabila tiba di satu persimpangan, pemandu kereta Toyota Camry itu menyuruhnya berhenti di te pi jalan.

Pemandu berkenaan, anggota polis muda keluar dan meminta dokumen pengenalan diri Amad. Dia juga enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan juruterbang itu mengenai alasan dia ditahan.
"jangan bawa kereta macam mr.bean sudah..haha"

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan akhirnya berkata, dia bertindak menahan Amad kerana dia memandu terlalu berhati-hati.

“Dia berkata, saya mungkin menyembunyikan sesuatu kerana saya mematuhi peraturan jalan raya,” kata Amad.

Enam kereta peronda tiba dalam tempoh dua jam dan menyelongkar keretanya sebelum dia dibenar meneruskan perjalanan ke tempat kerja tanpa sebarang permohonan maaf daripada anggota polis terbabit. - Agensi.  sumber

hahaha..apa ke pelik kes ni??aku baca pun nak tergelak..
Bawa kereta cermat pun nak kena tahan ke??haha..lain la bawa kereta
macam pelesit.Ok la juga nak tahan pun,Tapi,lain pula dekat tokyo yang kita tengok
dalam Tokyo Drift tu..hehe..lebih had laju tak kena tahan sebab tak dapat kejar..hehe

7 comments:

Anonymous said...

ade bce sal ni td..mmg lawak.. bce tajuk pn ktrg da gelak..ki3

Liefde Ain said...

erk. hahahaha =)) tp bawak kete terlalu slow mmg salah di sisi diundang undang sbb akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. ngeeee!!

SYAFIQASHAFIE said...

adoiii,.macam2 macam kes,.hahaha,.macam tu pun nak tahan ke,.hehe

Izwan Komari said...

polis tu mmg bengong

aien said...

hahaha.. pelik betoi.. kuat curiga tuh.. ekekeke..

bwk slow slh, laju lagi la salah.. mcm mane nk drive ek? hihihi

Puput. said...

hehe...ntah apa2 tul..kes camni pon ada ke..hehe...

Nekmo said...

macy>>
huhu..memang lawak berita ni..nek baca pun tergelak..tu buat jadi entri..

gades ain>>
hehe..klu bawak kete sampai sesak jalan..memang nak kena lanyak ar kete tu..hehe

syafiq>>
agaknyee undang2 dorunk lain kot?haha

atan athen>>
hehe...kita saman polis tu nak?haha

aien>>
gunalah kenderaan awam..haha...

puput>>
hehe...dah la tak minta maaf..kejam giler polis tu..