Minah Asam yang Masam...


Masuk saja kerja semalam, aku dah Nampak seorang kanak-kanak perempuan dengan pakaian serba pink (penjenayah merah jambu ni..haha). Dia usha je kedai aku. Kedai aku ka nada candy apa semua. Kanak-kanak macam dia, memang mudah tertarik. Dalam beberapa minit, kak Mai datang bawak kanak-kanak tu...

“Duduk diam-diam tau...jangan kacau kakak tu” kata kak Mai dekat budak tu.
Ohh...mak dia rupanya. Kak Mai tu kerja dekat Bread History. Sebelah je kedai aku. Budak tu tengok je aku buat kerja ke hulu ke hilir. Iyela, aku ni busy tau..haha..

“Nama apa dik?” aku ni buat ramah sikit...hehe.. Dia jawab Mia apa ntah tapi aku tak berapa nak clear dengar. Maklumlah..nama pun nenek..hehe..

“ Nah, ambil ni” aku bagi dia coklat Cadbury. Dia pun ambil sambil sengeh-sengeh. Tunggu lagi?? Orang dah bagi tu.. =p

“Adik umur berapa?” Tanya aku. “ 4 tahun” sambil tunjuk tangan. “kakak dulu, 4 tahun dah pergi sekolah tau (sebab tu terlebih cerdik sampai tak tau apa..haha). kenapa adik tak pergi sekolah?” saja nak uji budak ni.

“Tadika dah penuh..Tu Mia tak pergi” celoteh budak tu.
“Mia pergi la duduk dekat kerusi tu. Nanti Mia letih ikut kakak”
“Kakak..tu bukan kerusi la..Tu bangku. Tengok, Mia lagi pandai dari kakak..hehe” ambik sebijik aku pulak kena.

“Hehe..pannnndaiiiii Mia” puji dia sikit. Aku pergi dekat cashier scan barang nak buat price tag.
“Kakak kena Haikal tak?”Tanya dia.
“Mana la kakak kena dik. Sape Haikal tu?” Layan si kecik ni.
“Haikal tu kawan Mia. Tapi dia jahat tau kakak. Dia suka tarik rambut Mia. Mia tak suka dia” kecik-kecik dah pandai ye dik. Takmau-takmau..haha..
“Mia lawan haikal balik tak?”
“Tak.. Haikal kuat..hehehe”. Aku pergi lari sebelah jap Tanya kak tu nama Mia apa. Dekat je pun.

“Mia, nah ambil ni” Aku kasi Jelly pulak dekat dia.
“Kakak, kenapa kakak suka bagi makanan dekat Mia?” (lawak aku dia Tanya..haha)
“Kalau macam tu, kakak minta balik la..boleh? hehe” hulur tangan.
“Hehe..tak boleh”. Tengok, tak nak kasi pulak? Haha...
“ Mia, apa nama Mama Mia?”
“Nama Mama? Mai”
“Nama panjang apa?”
“Mai...Mai..Mai...(apatah dia sebut...aku tergelak dengar dia cakap.)
“kenapa kakak ketawa? Lucu kan nama mama..hehhe..” pandai pulak budak kecik ni berceloteh.
“takde la, tak lucu pun. Kak saja ketawa. Tapi, kak suka nama Mia” memang sedap pun nama budak tu.

“Mia kan.. tak suka nama Mia. Kawan-kawan Mia gelak dekat Mia bila Mia bagitau nama Mia. Mia bagitau mama yang Mia nak tukar nama” (Mau terkejut aku bila budak ni cakap macam tu..pandai sungguh).

“ Kalau macam tu, tukar dengan nama kakak la..Nak tak? Hehe” aku menyakat dia..Seronok borak dengan Mia.
“ Kakak nama apa? Mia lupa la...tadi mama ada bagi tau. Kak Abi kan?”.
“ A’ah..Kak Abi. Mia ulang sekali lagi nama kakak ape?”. Dia ikut je cakap aku.

Lepas tu aku tengok dia terlompat-lompat.
“Mia main dengan sapa tu??” pelik gak aku.
“ Tu ha..abang Daniel..Dia usik Mia”.
“Ha? Abang Daniel?? Mana?” aku tengok dekat cermin tak dak pun.
“ Tu ha kakak. Yang handsome tu. Dia kerja dengan Mama Mia”
(Oo0...Budak bread history. Aku ni jenuh la mencari sapa pemuda yang handsome tu..hahahhaha..Aku memang tak tau nama lelaki tu. Gelak dalam hati jelar. Lawak denagr Mia berceloteh).

Aku tengok dia pusing-pusingkan badan dia sambil kibas-kibas skirt dia.
“Mia, jangan pusing-pusing. Nanti pening jatuh” risau jugak aku.
“Takpe la kakak. Mia seronok jumpa kakak hari ni. Hehe.. Dekat rumah takde sape. Ada Mia, Mama, dengan Papa je. (aku pun Happy gak bila dia kata happy jumpa aku..hehe..kembang)

Bila dah lama tu, mama dia panggil Mak Lang dia nak ambil bawak pergi makan MCd pastu tak datang dah la.. Mia ni boleh-boleh tak mau ikut.
“ Alar mama...Mia nak duduk sini...Mia seronok duduk sini..Boleh la mama”.
Aku ni pujuk la dia suruh ikut. Iyela, takkan budak kecik tu nak tunggu sampai malam??Kesian dia. Hehe..Itulah ceritanya. Budak yang aku dok cerita ni, nama dia Mia Ellisya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi aku tanya kak Mai..
"kak, Mia tak gaduh nak datang kedai ke?" tanya aku
" mau nya tak..tadi nak datang sangat-sangat..tapi, tak boleh la..nanti ganggu keje"
"hehehhe...Mia pandai cakap tau" 
"semalam dia kena tampar mulut dengan Mak Lang dia" kata kakak tu
"la....nape kak???" aku pun pelik la..
"Mak Lang dia kata dia cakap BABI"
"Pastu kak??"
"Dia balik cerita la kat kak..dia kata.. Mia bukan kata Babi..Mia cerita pasal Kak Abi"

(Kak Abi tu aku la..)
"hahahhahahhahhahahhah..kesian dia kak" aku dah tak tahan gelak.
"Tu la pasal..Mak LAng dia ingat sebut babi..bukan apa...sepupu dia tu cakap tak terus..bila dengar budak-budak dok sebut babi...dia sebut Abi..tu Mak Lang dia ingat Mia cakap babi" explain la kakak ni..hehe.
Aku memang tak tahan gelak ok...haha...

Aku bisu..so??taknak kawan dgn aku la ek???

Sejak kebelakangan ni aku memang busy
Semalam baru balik dari perlis
Drive kereta penat sgt..tambah cuaca panas
balik rumah dah jadi mcm kanak2 bergelimpangan xde tempat tinggal
Aku terlentang atas katil..puas tidur..

Untuk cuti sem ni, aku dah start kerja :)
Ada je cerita pasal tempat kerja yg aku wat draft..
Tak terasa nak post. hari ni, bila dah lama mendiam
AKU MUNCUL SEMULA dengan entri kosong
entri tempat kerja gak

Hari Ahad tu aku kerja, biasa la kerja dekat mall
tapi, kerja ni best..aku boleh makan, main msg, boleh masak!
hendak dijadikan cerita..kawan sekerja masakkan megi
makan la kami bertiga dekat depan kaunter.
Aku baru nak menikmatai megi tu..

Tiba-tiba datang 3 org mamat ni masuk kedai...kedai aku tu kedai snack
korang boleh try nak makan asam pe ke..kerepek pe ke..
sebab tu aku kata...aku punya kerja best..
Bila semua tengah makan..aku stop makan and pergi layan customer
Dorunk tu gatal la...haish...saja la anak2 muda...nak mengorat la..

Aku pun layan la jugak dorunk...tapi...bukan macam cara yg korunk fikir!
Bila dorunk tanya bukan2...aku balas la...
aku bagi jawapan dekat dorunk dalam bahasa isyarat..
Dorunk dah start gelak..dorunk igt aku memain kot??

Dorunk tanya lagi itu ini..macam ajuk2 aku...
Aku balas benda yg sama..pastu..dorunk dah mula segan..
belah keluar terus.. =P sempat lagi tu pas keluar buat tgn nak no tpon..
kwn2 tempat kerja dah gelak puas2 tengok aku...hehehe..

aku bukan nak menghina org bisu..tidak sama sekali..
aku kawan je dengan semua org..
dan SEBAB "ORG BISU" LA....aku dilukai....
(relaks nekmo...itu kisah lama.....)