Adakah hidayah Allah sedang menghampiriku?


Salam ramadhan yg ke 9... tapi, jam dah lebih pukul 12 pagi. Bulan-bulan puasa ni, memang kalau cari rezeki dekat jalan Allah tu melimpah ruah. Buktinya? banyak orang yang buka gerai di bazaar. Tapi awas! jangan sampai tinggal solat Asar semata-mata hendak menjual. Ramadhan kali ni aku rasa lain daripada selalu. Aku pun tak tahu kenapa. Pelik macam mana tu?

Hmm... kalau tahun-tahun yang lalu. aku rasa la lain. Tapi, untuk tahun ni, kelainan tu rasa lebih lain. Nanti aku cerita apa yang aku rasa. Tadi, masa tarawih, ada la sedikit tazkirah. Bila dengar tazkirah tu aku rasa sebak sangat-sangat. Mungkin isi yang dibawakan oleh ustaz tu menyentuh perasaan aku. Terkena dekat diri? atau apakah? Masa tazkirah tu habis, ustaz tu disuruh untuk imamkan solat witir. Bila ustaz tu baca saja surah, hati ni rasa nak sangat menangis. Tapi, aku tahan. Tahan sebab segan nanti orang pelik kenapa aku tiba-tiba nangis.

Bila diingat balik tazkirah tadi, aku rasa banyak sangat dosa aku. Aku jadi takut. Tajuk tazkirah tu bukan isu yang berat macam orang selalu bawa. Tajuk dia mensyukuri nikmat Allah. Ustaz tu kata, Allah dah bagi macam-macam dekat kita. Maksud lain, kalau dekat dunia ni dekat supermarket ada offer barang murah, kita ni kalut pi beli an? Tapi, offer Allah, kita tak kalut pun nak ambil. Dekat situ aku dah terkesan. Sebab aku jenis yang pemalas. Aku ni banyak berdosa. Sangat banyak.

Sejak kebelakangan ni, apa yang aku rasa ialah aku dok nak pakai tudung labuh. Aku rasa dah segan pakai tudung bawal biasa yang aku beli banyak-banyak. Bila pakai, aku rasa singkat. Aku jadi tak selesa dah. Baju t-shirt aku pun, aku cuba elak yang kecik. Kalau nak ikutkan baju aku tak la kecik mana. Tapi, aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. Tudung labuh tu, tak la macam ustazah-ustazah pakai. Sebab aku belum sampai tahap tu.

Sekarang macam proses permulaan aku untuk berubah lebih baik. Ada perkara lagi yang macam mengusik fikiran aku. Aku rasa nak pakai stoking. Kalau sapa-sapa yang pernah baca kisah-kisah aku sebelum ni, mungkin korang boleh nilai diri aku macam mana. Perwatakan aku macam mana. Hmmm... aku orang yang suka pakai sandal+sneaker. Kasut perempuan? harap maaf. itu bukan aku. Baju perempuan? harap maaf. Aku tak akan beli sebab tak suka jadi ladies.

Tapi, yang peliknya, perasaan tak suka tu dah semakin kurang. Habis semua baju-baju perempuan mak aku yang dia tak boleh pakai, aku nak ambil. Kalau kawan-kawan aku yang lain tau, mau gelak guling-guling dorang. Aku start dengan tudung yang labuh dari kebiasaan. aku pakai bidang 55. Sebab badan aku kecik, tudung tu jadi labuh. Kalau orang yang saiz besar. Mungkin tak.

Ada satu berita yang cukup membuatkan aku gembira bila dapat tahu. Sorang kawan aku mesej dekat fb. Dia cakap, dia ada keinginan nak pakai tudung labuh. Alhamdulillah. Aku tersenyum saja masa awal-awal baca. Aku jadi seronok tak terkira bila ada kawan aku yang sama-sama rasa nak berubah. Aku ada geng! Esok, aku nak pergi pasar nak usha-usha tudung bawal yang labuh. Mudah-mudahan diperkenankan oleh Allah untuk aku membeli. Aku dah tak kekok pakai tudung labuh sikit. Dan aku berharap aku akan berubah sikit demi sikit. Aku nak mula dengan pakaian. Lepas tu sikit-sikit hati. Nak bertaubat... :'(

p/s: Doakan aku berjaya. Kalau aku tersasar dari landasan keinginan aku ni. Tolong peringatkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku juga akan lalai kembali. Siapa tahu?